Thursday, 12 April 2012

Life-Kehidupan-Hayyah


Life is unfair.... not everyone gets what another everyone gets. so Its unfair right.

Let me give example, 

AFRICAN vs. CANADIAN

Africa 3rd World country with high poverty while Canada is developed countries with lesser poverty..
why this happen?
is it Allah is unfair? is it ? is it?

why that there are CLEVER BRILLIANT student and in the other way there are STUPID STUBBORN student.. kesian kt yg stupid tu kan..

Adakah Allah saja saja jadikan manusia mcm ni? saja nak dera manusia? adakah begitu..
 Of course NOT!

Allah maha Adil, setiap kesusahan yang Allah berikan kepada setiap hambanya pasti ada ibrah di sebalik itu. 

AND no one was born to be stupid. it just that he/she did not find his / her potential or talent. 

 kan kan kan?

DAN

Sebagai hamba yang telah dikurniakan dengan macam macam nikmat, kite mestila kene THANKFUL to Allah kerana sudi untuk memberikan segala nikmat kepada kita walaupun kita ni hamba yang selalu lupa lalai dan degil dengan suruhannya.
dan kalau kita ditimpa musibah, hendaklah kita redha dan banyak banyak berdoa.

its not that Allah wanted to dera us, it shows that Allah want to us lebih mendekati dia. Mungkin sebab kita telah lama jauh dan melupakanNya. Anggaplah ujian yang Allah bagi itu sebagai salah satu penghapus dosa.. InsyaAllah...

Save water, save this gold fish.. duuh~ y y we have to sacrifice ourselves for others. it just a goldfish man.. bukan boleh makan pun.. hahaha
NO! Sharing is Caring. We help others insyaAllah Allah will give something in return. but remember! niat must be kerana Allah. not kerana this goldfish or whatever in your heart.only u knows what inside your heart.

Sunday, 22 January 2012

Things that I really want before I die.

Bak kata Bruno mars :
I wanna be a billionaire,
so freakin' bad,
Buy everything i never had.....

Kalau dalam cerita Enchanted plak dia cakap
"I've been dreaming of true love kiss.."


Tu kata mereka.. bla bla bla whatever. non of my business. Everyone got their own dreams right. Dapat or tak tu depends on rezeki masing masing dan usaha untuk mendapatkannya. Kalau dapat tu kira Alhamdulillah, tp kalau tak dapat tu kene la redha ye dok?.
 
Sebagai seorang wanita Muslim, cita-cita untuk menjadi seorang yang solehah mesti ada dalam diri. Sapa taknak jadi baik kan, yela wanita solehah ni kan idaman lelaki lelaki soleh.. duuh~ bukan ni reasonnya untuk menjadi wanita solehah. Well apart of that reason, nak jadi wanita solehah ni supaya .. supaya ape ey? ha supaya sentiasa hidup dalam keberkatan Allah...

Nak jadi wanita solehah ni senanya tak susah pun. Follow ape yang Allah suruh and tinggalkan apa yang dilarang. Ha, part tu yang payah. even diri ini pun tak mampu untuk follow apa yang Allah suruh totally. Astaghfirullahal'adzim.

Besides that, I really wish to have keturunan yang baik serta anak-anak yang baik,comel dan cemerlang. Nak dapatkan keturunan yang baik bermula dengan diri sendiri. Anak-anak adalah refleksi daripada ibu bapa. Tapi jangan salahkan ibu bapa sepenuhnya atas sikap anak-anak. Kerana ia mungkin adalah ujian daripada Allah kepada ibu bapa tersebut.

Apa-apa pun, I really wish to get those......  Namun ku rasakan diri ini tak layak untuk dapat semua tu. tp I'll try my best untuk dapatkan juga! InsyaAllah


IZZAH




Monday, 16 January 2012

Orang yang Allah love.

Assalamualaikum ya sahabat handai......

Orang yang paling dicintai Allah Ta’ala adalah orang yang paling bermanfaat bagi orang lain. Amal yang paling dicintai Allah ”Azza wa Jalla adalah memasukkan kegembiraan ke dalam hati seorang muslim, menghilangkan kesulitannya, melunasi hutangnya, atau mengusir rasa laparnya.” (HR. Thabrani)

Terbaca hadis ini ketika membelek2 laman sesawang di sekitar google. Apa yang antum dapat dari hadis di atas.? (adoiyai skema btol)

Sesungguhnya kita janganlah kedekut untuk menyumbangkan tenaga untuk membantu orang lain sama ada pada yang kenal mahupun yang tidak kenal. As you guys can read above, Allah mencintai orang yang memasukkan kegembiraan ke dalam hati seorang muslim, menghilangkan kesulitannya. Kalian takkan tak teringin nak jadi org yang Allah cinta. kalau sy, teringiinn banget. 

menghilangkan kesulitan? hmm ni maknanya kita membantu kawan2 or sahabat saudara kita yang berada dalam kesusahan. Kita tak boleh kedekut dengan apa yang kita ada. Sebagai contoh, agak2 member tak de duit tu belanja la dia. bukan selalu ye dak. nanti kalau kita tolong waktu kawan susah insyaAllah, kawan kita akan bantu waktu kita susah. dan kawan yg kene bantu tu, ringan2 kan lah mulut untuk mengucapkan 

"terima kasih, jasamu ku kenang sehingga akhir hayatku, nanti ada duit aku belanja hg balik nahhh"...

Selain dari itu orang yang dicintai Allah ialah orang yang bermanfaat kepada orang lain. Hal ini apabila kita bermanfaat kepada orang lain. Sebagai contoh, berkawan dengan kawan2 kita, if depa ada masalah dalam pelajaran, bantu la depa. Ingat lah, ilmu yang bermanfaat, kalau dikembang kembangkan kan dan digunakan ke arah kebaikan akan menjadi investment untuk kita di alam barzakh nanti.....

 Merenung jauh ciptaan Allah. Oh sungguh comel ini Penguin

sekian,
IZZAH

Tuesday, 22 November 2011

Dosa, Taubat, Hijrah


Kehidupan kita tak lari dari kesilapan, khilaf, dosa dan seangkatan. Namun, sejauh manakah kesedaran kita terhadap dosa yang telah kita lakukan? Ya Allah ya tuhanku, sudah tinggi menggunung dosaku.. Apakah engkau masih lagi menerima taubatku Ya ALLah..?

Hijrah. apakah itu HIJRAH?
kita selalu fikir, hijrah tu ialah perpindahan Rasulullah s.a.w dari Mekah ke Madinah.. 

hmm sebenarnya, hijrah ialah Perpindahan dari suatu keadaan kepada satu keadaan yang lain sepsifiknya dr suatu keadaan kepada keadaan yang LEBIH baik. Berhijrah ini bukan lah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan determination and persistence yang sangat tinggi. 

Kenapa sy berkata begitu? kerana sy sedang menghadapinya sekarang. utk buat masa yang awal anda mungkin akan gagal. itu adalah kerana anda tak kukuhkan pendirian anda Maka anda MESTI mengukuhkan pendirian dan jati diri anda walaupun ape yg berlaku. 

Berhijrah memerlukan pengorbanan tak kirala la sacrifice masa, duit malah mungkin orang yg anda sayangi... tapi anda kene yakin, bahawa setiap pengorbanan yang anda lakukan ke jalanNya pasti akan di balas dengan sesuatu yang lebih baik.Bersangka baiklah kepada Allah, sesungguhnya Dia maha Penyayang lagi Maha Pemurah. Dia amat menyayangi hamba hambanya yang sanggup berkorban demiNya..

Selain dr pengorbanan, apabila ingin berhijrah, anda mungkin akan terpaksa menghadapi tohmahan atau kata2 nista dari manusia.. Ada yang akan kata "dah la weh, kau x sesuai la jadi cmni" atau mungkin "kau x ready lagi utk jadi baik" lantas anda nak reverse balik ke diri anda yang asal. oh apekah? Jangannn  jangan cenggitu...
Seorang sahabat sy ada bagitaw 
"Kenapa kau nak malu untuk membuat kebaikan? Tak perlu malu untuk membuat kebaikan. Kelak nanti Allah akan malu dengan kita di Akhirat kerana kita membuat kebaikan demiNya"
Janganlah malu untuk buat kebaikan, tetapi malulah untuk melakukan maksiat. 

Mungkin juga ada yang terfikir begini:
"Buat apa nak bertaubat? aku da memang banyak dosa da pun, mesti Allah da x nak terima taubat aku, banyak sangat dosa aku...."
Ya pasti semua orang pernah melakukan maksiat.Tetapi, lupakanlah yang lepas dan buka lembaran baru. Mintalah keampunan daripada ALLAH atas dosa dosa yang lalu sambil reimburse dosa dosa tersebut dengan amal kebaikan. Sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha Penyayang.


Sekian untuk kali ini.....

Katakanlah : Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan maksiat), jangalah kamu berputus asa dari rahmat Allah, keraa sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Zumar:53)

Awak, jum ikut sy berhijrah.....

Thursday, 1 September 2011

Giant Rat

dead rabbit i found by the roadside
innalillahiwainnailaihirajiun
Setiap yang bernyawa pasti akan mati
Al-Imran:185

Hendaklah kita sentiasa menyiapkan diri bagi menghadapinya.

Salam lebaran buat semua. :)

Sunday, 31 July 2011

Saya cantik

Kerana saya cantik saya tutup aurat..
saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana saya cantik saya tutup aurat..
saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

Kerana saya cantik saya tutup aurat..
saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.


Kerana saya cantik saya tutup aurat..
saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita, dan kerana saya tak cantik, akhirnya saya menemui insan yang mencintai saya seadanya.

Paling penting, kerana saya cantik saya tutup aurat..
saya sentiasa mencuba untuk menjadi lebih cantik pada pandanganNya dengan menurut perintahNya. Cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa...

p/s: sesungguhnya setiap ciptaan Allah itu indah. tiada yang buruk, tiada yang hodoh. kita semua sama level nya. apa yang membezakan kita adalah tahap cantik ketaqwaan kita. itulah kayu ukur yang akan menunjukkan secantik mana kita sebenarnya :)

Wanita adalah perhiasan dan seindah perhiasan adalah wanita solehah.

Wednesday, 27 July 2011

say no to ubat!! yeahhh

Setelah sekian lama saya menyepikan diri, izinkan saya untuk bersuara kembali :)
Below are some tips to be shared to u guys. These are some ways on how to overcome a small small health problems like demam, selesema dan lain lain. Kadang kadang kalau sakit sikit sikit pun kita da rasa cm nak pengsan lantas terus mengada Tuan Dukun a.k.a Doktor untuk mendapatkan ubat. Namun, tahukan anda bahawa terdapat alternatif lain yang kita boleh amalkan instead of amek ubat dari doktor. Bukan nak kate ubat tu tak bagus, tp hakikat, memang tak bagus. In long term, we might get Sakit buah pinggang kalau kita selalu amalkan pengambilan ubat ubatan dari hospital atau klinik...



Demam
  • Ambil makanan yang lembut seperti bubur dan banyakkan meminum air untuk menggantikan cecair badan yang hilang.
  • Rehat sebanyak yang mungkin.
  • Sejukkan dahi dan badan dengan tuala basah sehingga  demam berkurangan.
  • Basuh segenggam kacang pea dan biarkan ia kering. Panaskan tanpa minyak, kemudian letakkan kacang pea dalam cawan, tambahkan air sejuk dan biarkan untuk seketika sebelum diminum.
02.Selsema
  • Tingkatkan pengambilan air dan rehat yang mencukupi.
  • Ambil banyak buah-buahan (atau jus) seperti  oren atau jambu batu.
  • Untuk melegakan hidung yang tersumbat, hidu bau bawang putih yang ditumbuk atau dipotong beberapa kali sehari.
  • Sup ayam juga bagus untuk melegakan selsema. Cara yang lain untuk melegakan selsema ialah dengan menumbuk halia dan mengambil 1 sudu teh jus halia. Maniskan dengan madu dan ambil 3 kali sehari untuk 4 hari.
(Ramai beranggapan bahawa 'paracetamol' merupakan ubat mujarab untuk demam dan selsema namun ia cuma untuk melegakan sahaja, 'paracetamol' juga telah dikaitkan dengan kerosakan buah pinggang untuk jangka masa yang panjang)

03.Sakit Kepala dan Migrain
  • Rebus beberapa kangkung dalam beberapa minit. Tuangkan air rebusan kangkung dalam gelas dan kemudian tambahkan secubit garam, kacau dan minum.
  • Genggam beberapa ulas bawang putih dan gosokkan pada dahi.
  • Ambil sekeping ubi kentang yang nipis dipotong dan letakkan pada dahi. Ganti dengan kepingan kentang yang lain selepas kepingan yang tadi kering.
04.Sakit tekak
  • Letakkan satu sudu teh garam dalam secawan air suam. Kemudian kumurkan dengan air itu.
05.Cirit-birit
  • Banyakkan meminum air bagi menggantikan cecair badan yang hilang. Garam ORT juga dapat membantu
  • Minum teh kosong tanpa gula juga boleh melegakan cirit birit
  • Elakkan pengambilan susu ketika cirit birit
(Ketika cirit birit, dinasihatkan supaya kita minum secara sedikit-sedikit daripada meminum air dengan banyak dalam satu masa, ini kerana perut kita yang kejang tidak menerima air yang banyak dalam satu masa dan akan menyebabkan kita muntah)

06.Sembelit
  • Banyakkan meminum air bagi melegakan sembelit
  • Banyakkan pengambilan serat dalam makanan, seperti pisang dan juga roti gandum penuh

jadi mengapakah kita perlu meneruskan perkara yang later later akan memudaratkan diri sendiri? moh la kita try cara yg selamat, murah dan lebih natural.. berbalik kepada alam semulajadi :) 

credited to Iluvislam 

Tuesday, 17 May 2011

mukaMUKI abbas azizi

 Deary brother Abbas Azizi

Happy BIRTHDAY to uuu!!!

actually da lame da akak type entry ni tapi takde mase..









detik detik awal takde gigi...haha

your beloved cute sister

Monday, 2 May 2011

Oh ibunda - kisah Alqamah



Banyak pengajaran yang boleh diambil dari kisah Al-Qamah.. Moral yang paaaaaalllllliiiiiiinnnnnggg UTAMA ialah kita mestilah  menghormati dan mematuhi arahan dan permintaan ibu kita selagi tak melanggar syara'. 

moral ke 2, bagi lelaki lelaki yang dah berkahwin, engat! antum semua masih lagi perlu mengutamakan IBU sebelum ISTERI atau ISTERI ISTERI (bagi yang berpoligami) mu. No matter what happen, Mak is the first lady in your heart... engat ye FIRST LADY...

Sesungguhnya syurga di bawah tapak kaki ibu. Sayangi ibu, mak, mummy, mama, ummi anda di kala meraka masih lagi bernyawa. Maksimakan bakti kepada mereka (tolong masak ke, picit bahu ke, siram pokok ke, bagi makan kucen ke pegi pasar dan lain lain) .... Bagi yang telah kehilangan ibunya, doakan dia semoga berada di bawah lembayung rahmatNYA insyaAllah da selalu2 lah menziarahinya di makam ibunda ~

Dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, belia berkata, “Seseorang datang kepada Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, Ibumu!’ Dan orang tersebut kembali bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, Ibumu! Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi?’ Beliau menjawab,Ibumu.’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi,’ Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Kemudian ayahmu.’” (HR. Bukhari no. 5971 dan Muslim no. 2548)

ni la mak saye Hjh Noor Zaitun Hj Yahaya..
walaupun selalu argue ngn  mak tp beliau tetap mak saye ^_^
saye sayang mak saya :)

tulip comel,


Saturday, 30 April 2011

sekadar luahan hatiku~


as a student
saya tak mampu nak tanggung semua. saya sama seperti korang
saya harap sangat korang faham.....
korang student saya juga student..
saya bukan manager bole bayar double sampai bile2..
saya pun mendapat benda yang sama cam korang...
korang takde duit, saya pun duit ade limit.
saya hope sangat korang faham....

Saya tak sangka kamu buat cmni.
walaupun nampak cam kecik,
apekah aku dikategorikan sebagai teraniaya?
mintak maaf kalu saya da tak cam dulu dengan kamu
bukan bermakna saya tak maafkan kamu,
tp cukup lah rasanya kesabaran yg patut saya ada utk berhadapan ngn kamu.
saya takut kalu saya terus menerus cm biasa,
dosa saya akan bertambah kerana perasaan geram,marah, atas sikap kamu
jadi ada baik nye saya make a move and find my own way
saya rasa saya good at pretending..
sebab selama kite berkawan saya cuba utk sabar and pretend takde pape yg berlaku
awk tolong la muhasabah balik sikap awk
yg boleh dikatakan agak 'jual ikan'................

dedicated utk dia dia dia dan dia...... T_T


"Sebaik baik manusia adalah yang bermanfaat kepada orang lain"

salam dari Besancon, France


+Pengikut2+